HiburanSelebriti

“Saya Tidak Sesuai Menjalani Kehidupan Di Malaysia” – Iqbal Kesal Individu Tidak Bertanggungjawab Sunting Gambarnya Separuh Bogel

Usahawan selebriti popular, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa kesalnya apabila masih ada individu tidak bertanggungjawab yang masih terus menyunting gambarnya.

Menerusi perkongsian terbaharu di Insta Story, Iqbal telah memuat naik gambarnya yang disunting dalam keadaan separuh bogel.

“Ini bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan. Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini.

“Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun FB baru? Tidak! FB saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada satu lagi page palsu yang bernama ‘IQbal Zulkefli’ mendapat komen beratus orang setiap post,” luahnya.

Sebelum ini, gambar usahawan yang baru sahaja menghasilkan single sulung berjudul Hujan itu pernah disunting dengan wajah babi dan anjing.

Dalam pada itu, Iqbal menyatakan bahawa dirinya seperti tidak sesuai tinggal di Malaysia apabila perkara tersebut masih lagi terus berlaku.

“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apa pun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah.

“Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
6
+1
1
+1
8
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button