Cerita ArtisHiburan

“Saya Tolak Ketepikan Sebentar Etika Menggunakan Media Sosial” – Naim Daniel Berang Ada Netizen Komen ‘Kepala Bapak Ko’

Penyanyi popular, Naim Daniel meluahkan rasa berang dengan tindakan biadap seorang netizen yang menulis komen ‘kepala bapak’ di satu posting yang dimuatnaik olehnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Naim dilihat saling berbalas-balas komen dengan netizen berkenaan.

“Ada masa, kita senyap, tapi dipijak. Kata sesetengah orang, jadi artis/selebriti itu perlu kebal, tahan maki, tahan kecam.

“Walhal mereka lupa, kita sama-sama manusia. Saya tolak ketepikan sebentar etika menggunakan media sosial,” luahnya.

Naim berkata, dia seorang individu yang selama ini tidak sering berkelakuan sedemikian ketika menggunakan media sosial.

Bagaimanapun, dia terpaksa berbuat demikian apabila ia telah menyentuh hal maruah.

“Sebelum ada yang komen kata ‘kau artis kenalah contoh yang baik’ saya nak ingatkan awal-awal, jangan pandai-pandai meletak sempadan antara artis dan mereka yang mengerjakan occupation yang lain.

“Saya ulang, saya adalah manusia yang paling malas, malas nak layan makian berbaur kesat, tapi kadangkala ada juga spesis yang perlu kita ajar cara yang sama mereka berikan kepada kita,” luahnya.

Dalam pada itu, dia menyatakan akan memadam posting berkenaan, tetapi buat masa ini dia mahu dedahkan bahawa dalam masyarakat kita ada lagi orang yang bersikap sedemikian.

“Kerana selagi kita punya bil hendak dibayar, mulut yang hendak disuap, keluarga yang hendak dijaga, kereta yang hendak diisi minyak, kucing yang hendak diberi makan, kita semua sama.

“Maafkan saya sekali lagi, saya tidak suka begini disini. Maruah tetap maruah,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button