HiburanSelebriti

“Sayu Tengok Nenek Dalam Deadaan Uzur Masih Nak Solat” – Aliff Syukri Maklumkan Neneknya Sudah Sedar, Namun Masih Dalam Keadaan Lemah

Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa neneknya, Aminah Sahar yang sebelum ini berada dalam keadaan nazak kini sudah sedar.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff menyatakan keadaan terkini neneknya itu masih lagi lemah.

“Alhamdulillah berkat doa anda semua… nenek dah sedar tapi keadaan masih sangat2 lemah….mudahan anda terus mendoakan nenek saya Aminah Bt Satar dikurniakan kesihatan yg baik dan kembali sihat….

“Nenek tengah mamai dan amat gembira bila jumpa kami setelah berminggu di komakan,” ujarnya.

Sebelum ini, Aliff pernah memuat naik satu video yang menunjukkan kesedihannya apabila tidak dibenarkan melawat neneknya yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, usahawan berkenaan juga meluahkan rasa sayunya apabila melihat neneknya itu yang masih ingin menunaikan solat, meskipun dalam keadaan uzun.

“Sayu tengok nenek dalam keadaan uzur masih nak solat walapun x boleh nak bergerak…nak minta diwudukkan….

“Alhamdulillah dalam keadaan uzur dia masih solat.. ya allah semoga sy nanti dah tua sekuat nenek,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button