Cerita ArtisHiburan

“Sebab Ramai Yang Tak Jujur…” – Neelofa Cadang Letak Gambar Profile Pada Sijil Vaksinasi

Ketika ini rata-rata rakyat Malaysia sudah pun mengambil vaksin Covid-19 bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang sudah melanda hampir dua tahun.

Kebanyakan rakyat juga telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin, manakala banyak perniagaan yang sudah dibuka bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun, apa yang menggusarkan apabila ada segelintir yang cuba mengelak daripada mengambil vaksin dengan alasan tersendiri.

Sehubungan itu, pihak kerajaan memberi peringatan supaya pihak peniaga bertegas kepada mereka yang tidak mengambil vaksin atau belum melengkapkan dua dos seperti yang ditetapkan.

Misalnya, peniaga perlu memastikan setiap pelanggan dibenarkan memasuki premis jualan setelah menunjukkan bukti Kad/Sijil Digital vaksinasi lengkap dari aplikasi MySejahtera dan bukannya screenshoot.

Sementara itu, usahawan dan pengacara popular, Neelofa pula mencadangkan supaya gambar profile juga perlu diletakkan pada sijil tersebut.

“Cadang untuk letakkan juga profile foto di cert (sijil)… sebab ramai yang tak jujur,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

Sebelum ini, sudah tersebar berita yang menyatakan terdapat wujud kes sindiket menjual sijil digital vaksinasi palsu dan pihak polis sudah memberi peringatan tentang perkara berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button