HiburanSelebriti

Sebahagian Aset Sajat Berjaya Dilelong Pada Harga RM132,000 Membabitkan 40 Kelengkapan Barang Dalam Rumah

Aktiviti jualan lelong membabitkan sebahagian aset milik usahawan terkenal, Sajat yang berlangsung di kediamannya pada pagi tadi berjaya dilalukakan.

Peguam yang mewakili bekas stokis Sajat, Zeti Zulkifli berkata, seramai lapan orang pembida yang telah menyertai jualan lelong berkenaan.

“Aktiviti lelongan bermula pada pukul 10.30 pagi dengan lapan orang pembida yang cuba bid pada harga bermula RM77,650.00, namun ia hanya lelongan barangan rumah sahaja dan tidak termasuk kereta dan rumah.

“Setiap bidaan pula akan naik sebanyak RM2,000 sehinggalah ia berjaya dibida pada harga RM132,000 oleh seorang pembida,” jelasnya.

Zeti berkata, setiap pembida tidak boleh membeli satu barang sahaja, tetapi keselurahannya membabitkan 40 barang termasuk di dalam bilik dan ruang tamu.

Antara senarai barang-barang yang dilelong seperti pinggan mangkuk, sofa, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Zeti memberitahu hanya lapan pembida yang dibenarkan membuat bidaan kerana ia perlu dilakukan segera dan ada yang tiba lewat.

“Untuk bidaan ini, setiap pembida perlu meletakkan deposit sebanyak RM5,000 dan ia telah dimaklumkan dengan lebih awal.

“Memang ramai yang datang untuk membida, cuma ada yang datang agak lewat dan terlupa membawa wang tunai memandangkan syarat untuk bidaan perlu beri deposit secara tunai,” jelasnya.

Sebelum ini, aset Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat disita bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd (OWA Resources).

Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari syarikat berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
3
+1
1
+1
2
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button