Cerita ArtisHiburan

Sedar Diri Langsung Tidak Pandai Berlakon, Fyza Kadir Ambil Keputusan Tamatkan Kerjaya Lakonan

Sudah agak lama tidak tampil di layar perak, pelakon Fyza Kadir memaklumkan bahawa dia kini sememangnya sudah menamatkan kerjaya lakonannya.

Fyza berkata, sepanjang bergelar seorang pelakon, dia pernah terbabit dengan lima buah filem yang kesemuanya di bawah terbitan MIG.

“Saya jumpa David Teo dan dia cakap saya ada rupa sikit dan boleh jual. Kemudian saya sedar yang saya memang tiada bakat (lakonan).

“Memang saya dah cuba asah dan tak boleh juga. Sampaikan saya pernah menangis lepas habiskan satu-satu babak. Akhirnya saya buat keputusan untuk tamatkan kerjaya lakonan,” ujarnya.

Fyza berkata demikian ketika ditemui semasa acara pertunjukkan koleksi terbaharu ‘1001 Tales of Ariani’ yang berlangsung baru-baru ini.

Dia yang kini bergelar isteri setelah berumah tangga pada tahun 2013 berkata, sepanjang menjadi pelakon juga dia sudah menghadiri kelas lakonan yang disediakan oleh pihak MIG.

Ujar Fyza, dia juga mempunyai sifat yang pemalu dan mengakui dirinya langsung tidak menonton filem-filem lakonannya sebelum ini.

“Semasa saya berjumpa dengan David di pejabatnya, saya dah terang-terang cakap kepadanya yang saya memang tidak boleh berlakon.

“Kemudian apabila berjumpa dengannya lagi, tengok-tengok esok dah ada job. Sampaikan ketika itu saya macam tak percaya,” ujarnya.

Menurutnya, dia tidak berada dalam tempoh yang lama dalam dunia lakonan iaitu selama setahun sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berhenti. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button