Cerita ArtisHiburan

“See You In Court…” – Puteri Sarah Mahu Teruskan Saman Terhadap Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana mahu mengambil tindakan saman terhadap kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena.

Dalam satu posting di Insta Story, Puteri Sarah mendakwa wanita berkenaan masih lagi bercakap buruk tentang dirinya, meskipun sudah menarik balik saman sebelum ini.

“Pagi-pagi bangun ramai netizen yang share to me. Sejenis manusia bila dah elok-elok semua dah settle, dah tarik saman masih nak menyalak.

“Saya sudah settle dengan Syamsul dah elok dah dan kami bahagia dengan hidup kami masing-masing. Dan ada entah datang dari mana bercakap buruk mengenai kami? Meroyan kat close friends kau?.” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan yang juga bekas isteri Syamsul Yusof itu menegaskan akan meneruskan saman terhadap Wiwie.

Ujarnya, tindakan tersebut dibuat memandangkan kakak ipar Ira Kazar itu terus menjaja cerita mengenai dirinya di media sosial.

“Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur but NO! Masih nak menjaja cerita tak tau nak publisit ke apa. This time around, no more mercy.

“See you in court terus Wiwie Darvienda Mazweena. Dan saya akan laporkan anda kepada boss anda dalam AIA Malaysia. Anda patut malu dengan diri anda. Attention seeker,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
3
+1
2
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button