Cerita ArtisHiburan

Sekali Lagi Nafi Sudah Berkahwin Dengan Annuar Musa, Nora Ariffin Akui Ada Terima Lamaran Perkahwinan Seseorang


Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali menjadi bualan apabila terus dikaitkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Ia berikutan tersebarnya sijil nikah yang dikatakan milik kedua-duanya dan sudah viral sejak hari ini.

Bagaimanapun, memetik laporan portal Astro Awani, penyanyi itu sekali lagi menafikan mengenai perkara tersebut.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya,” tegasnya.

Dalam pada itu, Nora mendedahkan bahawa dia ada menerima lamaran seseorang, tetapi lelaki yang ingin memperisterikannya bukan dalam kalangan individu terkenal.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“InsyaAllah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelasnya.

Nora mengahwini Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun begitu, Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019. – KopiPlanet.com

Kredit Artikel: Portal Astro Awani & Kredit Foto: Instagram Datuk Nora Ariffin

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button