HiburanSelebriti

Selalu Kena Kecam Dengan Netizen, Rezeki Kelly Azman Tetap Murah

Sepanjang bergelar seorang selebriti serba boleh, Kelly Azman menyatakan dirinya sudah lali dengan kecaman yang dihamburkan netizen.

Kelly berkata, pemilik nama sebenar Raja Azman Raja Ayob berkata, dia menyifatkan kritikan diterima sebagai pembakar semangat serta tidak kecil hati dengan kejian yang dilemparkan.

“Bagi saya, mereka yang mengecam ini menjadi suntikan motivasi untuk saya bekerja lebih kuat. Maknanya, mereka perasan kehadiran saya dalam industri hiburan, jadi mereka mengkritik.

“Pada masa sama, saya pula tak boleh berkecil hati kerana ini asam garam dunia seni. Apa yang boleh saya lakukan adalah perlu terus berusaha untuk terus menyerlah dan mendapat tempat dalam bidang hiburan,” katanya.

Menurut Kelly, di sebalik cemuhan netizen yang langsung tidak menjatuhkan semangatnya sebagai anak seni, Kelly juga bersyukur rezekinya semakin murah sekaraang.

“Kejian, cacian serta makian tidak melemahkan semangat saya untuk terus belajar dalam industri ini. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana tawaran tidak putus. Ada sahaja rezeki yang diberikan Allah untuk saya teruskan melangkah.

“Pasca pandemik ini, bersempena ketibaan bulan yang mulia, saya kembali menghiburkan orang ramai sepanjang Ramadan di Hotel Royal bersama rakan penyanyi, Ani Maiyuni. Sambil pengunjung datang berbuka puasa menikmati hidangan buffet lazat, kami pula akan menghiburkan tetamu,” ujarnya.

Menurutnya, ia merupakan kali ke-12 dia memenuhi tawaran tersebut dan sebelum ini ia pernah terhenti kerana kekangan Covid-19 dan ketika itu pihak hotel tidak menawarkan hidangan berbuka puasa.

“Alhamdulillah, keadaan sekarang kembali pulih dan saya menerima semula rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button