Cerita ArtisHiburan

Selamat Bernikah… Sabri Yunus & Angeline Tan Kini Bergelar Pasangan Suami Isteri

Pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Angeline Tan dalam satu majlis tertutup pagi tadi.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Sabri berkata, dia dan Angeline sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu kesediaan pelakon berkenaan memeluk Islam.

“Alhamdulillah, benar kami baru sahaja bernikah sebentar tadi. Tak tahu macam mana nak cerita, tetapi kami berdua bersyukur majlis pernikahan ini dipermudahkan.

“Kami sudah kenal lama, sejak 1992 lagi. Tetapi kami mula betul-betul rapat tiga tahun lalu. Malah, dua-dua pun pernah merasakan kehilangan. Susah senang, sihat sakit saling menemani,” ujarnya.

Sabri berkata, isterinya itu pun akhirnya sudah memeluk Islam sejak awal Oktober lalu dan mengambil keputusan untuk berkahwina hari ini.

Kedua-dua pelakon berkenaan mula berkenalan menerusi sitkom popular era 90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menampilkan mereka sebagai Lucy dan Wan Ismail Golok.

Sebelum itu, gambar pernikahan mereka viral di media sosial, tetapi ada yang menyangka ia sekadar babak dalam drama atau filem baharu.

Pada masa sama, Sabri juga bersyukur apabila anak dan keluarga kedua-dua belah pihak merestui niat mereka untuk mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah, anak-anak kami merestui. Malah, keluarganya juga hadir ke majlis pernikahan kami. Saya berharap agar doa-doa yang baik daripada kalian dimakbulkan. Banyak perkara yang mungkin dia (Angeline) tak tahu. Berilah peluang kami berdua belajar.

“Apa yang penting keredaan dia menerima agama baharu dan juga niat kami berdua untuk sama-sama melayari bahtera perkahwinan ini hingga akhir hayat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button