Cerita ArtisHiburan

Selepas Hampir Seminggu Didakwa ‘Diculik’, Nynaa Harizal Muat Naik Video Main Basikal, Pergi Membeli-Belah

Baru-baru ini, industri hiburan negara digemparkan dengan berita pelakon Nynaa Harizal yang didakwa telah diculik keluarga sendiri.

Malah, suami pelakon berkenaan iaitu Mohamed Fahmi Ilyas yang telah membuat laporan polis turut mendakwa pemandunya telah diugut dengan senjata api ketika bapa mertuanya membawa isterinya itu pergi.

Bagaimanapun, status terkini Nynaa kini mula menjadi tanda tanya ramai sama ada dia benar-benar ‘diculik’ atau sebaliknya.

Hal yang demikian kerana pelakon itu telah memuat naik video sedang bermain basikal bersama adiknya serta kelihatan ceria pergi membeli-belah.

Namun begitu, sehingga kini Nynaa dilihat tidak memberikan sebarang jawapan mengenai berita ‘penculikan’nya itu ketika ditanya di ruangan komen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button