Cerita ArtisHiburan

Selepas Izara Aishah, Kini Giliran Anzalna Nasir Pula Ambil Keputusan Untuk Berhijab?

Selepas Izara Aishah yang ini sudah tampil berhijab, kini penampilan rakan seangkatannya iaitu Anzalna Nasir pula dikatakan mengambil keputusan yang sama.

Dalam satu posting gambar yang muat naik di Instagram, ternyata penampilan Anzalna yang berhijab telah menarik perhatian ramai terutama sekali peminat dan rakan-rakan artis.

“Salam Jumaat,” tulisnya ringkas pada caption gambar tersebut.

Selain itu, dalam satu lagi posting yang dimuat naik, pelakon berkenaan turut membuat kejutan kepada suaminya, Hanif Zaki yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

“Semoga terus istiqomah. Happy birthday my love @hanif_zaki. Thank you @mianasir91 for the video,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis serta peminat meluahkan rasa gembira menerusi komen-komen yang diberikan terhadap perubahan yang dilakukan itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button