Cerita ArtisHiburan

Selepas Jamal Abdillah, Giliran Ummi Nazeera Tarik Diri Sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Setelah Datuk Jamal Abdillah, kini giliran pelakon popular Ummi Nazeera bertindak untuk mengundurkan diri dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) selepas mengambil kira beberapa faktor.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi satu kenyataan yang di muat naik di akaun Instagramnya hari ini dengan memberitahu dia mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan dan keluarga.

“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi. Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” jelasnya.

Baru-baru ini, pertubuhan Muafakat Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa memaklumkan terdapat 30 individu dipilih untuk menyertai NGO berkenaan.

Ujar beliau, mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik dan pempengaruh.

Selain Jamal dan Ummi, seorang lagi artis yang turut dilantik untuk Ahli Dewan Tertinggi adalah Datuk Seri Eizlan Yusof. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button