Cerita ArtisHiburan

Selepas Jayakan Konsert 30 Tahun Generasiku, Qi Razali Tidak Lagi Bersama OAG

Pelakon dan pemain dram, Qi Razali mengumumkan bahawa dia kini tidak lagi bersama kumpulan OAG setelah menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku pada 25 Disember lalu.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Qi menerusi akaun Twitter miliknya dengan memaklumkan aksinya pada pada konsert berkenaan adalah yang terakhir bersama OAG.

“Okay, enough OAG. Qi is me again.

“I have made up my mind and my heart. That was my last show for OAG,” tulisnya.

Menurut Qi, keputusan yang dibuat olehnya itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri serta berharap agar peminat dapat menyokong dirinya.

“Pilihan jalan hidup yg mendorong aku buat keputusan ni. Band tu tetap akan terus wujud jangan risau. Kekuatan band tu bukan kat drummer.

“So boleh je ganti mana2 pun. Pilihan aku adalah untuk kebaikkan aku. Kalau korang support kerjaya aku, support lah langkah aku kali ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button