Cerita ArtisHiburan

Selepas Lapan Tahun, Impian Zarul Husin Untuk Berkolaborasi Dengan Ajai Terlaksana Menerusi Single Sepenuh Hati

Setelah keluar dengan single terakhir berjudul Remuk pada tahun 2018, kini Zarul Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella telah kembali dengan single terbaru berjudul Sepenuh Hati.

Zarul berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dia telah berpeluang untuk menjalinkan kolaborasi buat kali pertama bersama Ajai yang bertindak selaku komposer single berkenaan.

“Kalau diikutkan memang sudah lama saya teringin untuk berkolaborasi dengan Ajai iaitu sejak tahun 2013 dan tidak sangka akhirnya ia menjadi kenyataan menerusi lagu Sepenuh Hati.

“Ajai seorang komposer yang tidak dinafikan bakat dan kehebatannya menghasilkan lagu, justeru memang saya amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengannya,” katanya.

Sepenuh Hati merupakan lagu ciptaan oleh Ajai dan liriknya pula oleh Iman Imran, manakala ia diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn. Bhd dan diedarkan Universal Music Malaysia.

Pada masa sama, penyanyi itu tidak meletakkan harapan keterlaluan untuk lagu berkenaan dapat meraih anugerah sekiranya menerima pencalonan.

“Saya tak mahu letak harapan 100 peratus terlalu tinggi sedemikian sebab seolah-olah tak ikhlas dengan sesuatu karya. Nanti menyanyi sebab nak dapat anugerah saja.

“Harapan tu masih ada, tapi saya biasa letakkan diri di tengah-tengah (bersederhana), biarlah ikhlas untuk mempersembahkan sesuatu, itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ajai mengatakan single Sepenuh Hati ini mempertaruhkan irama balada, mempunyai elemen latin seperti lagu popular Umbrella ‘BUKALAH HATIMU’.

“Saya yakin bahawa Zarul sememangnya dapat menyampaikan lagu ini dengan baik kerana dia sebenarnya mempunyai ‘Latin Groove yang baik,” ujarnya.

Single Sepenuh Hati telah berada di semua platform digital serta Official music video lagi ini juga sudah dilancarkan pada 30 Julai lalu di channel youtube UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button