Cerita ArtisHiburan

Selepas Lapan Tahun, Noorkhiriah Akhirnya Berjaya Khatam Al-Quran, Pesan Jangan Malu Kalau Lambat Belajar Mengaji

Pelakon popular Noorkhiriah berkongsi kegembiraan apabila memaklumkan selepas lapan tahun, dia akhirnya telah berjaya khatam Al-Quran.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.

“Maka Berakhir Penantian Akak Selama 8 Tahun Lebih Kurang Pukul 9 Tadi..Allah Aje Yang Tahu Perasaan Akak Dik..Dari 2013..Ada Masa Pegi..Ada Masa Mengantuk..Ada Masa Sibuk Dengan Dunia Tapi Allah Maha Baik..Dipermudahkan Malam Ini..

“Moga Quran Yg Dah Koyak Yang Akak Syg ni Akan Jadi Saksi Kat Sana Nanti..Akak Akhirnya Khatam Al Quran Setelah Bertahun..Dok Pi Mari Pi Mari..Berkat Kesabaran Ustaz @shafiq_albi ..Dlm Pening Dalam Tak Sihat Dalam Sibuk Pindah Rumah Tetap Sabar Nak Tgk Akak Khatam Setelah Sekian Lama,” ujarnya.

Menerusi perkongsian yang dibuat itu juga, pelakon berkenaan turut berpesan agar sesiapa sahaja tidak perlu malu untuk belajar Al-Quran dalam usia yang lewat.

“Perkongsian Akak 1 Je..Janganlah Kita Tinggalkan Al Quran..Jangan..Dialah Yang Akak Jadi Kawan Kita Dalam Kubur nanti..Dan Jangan Segan Malu Pada Yang Terlambat Sebab Belajar Al Quran xde Istilah Terlambat..Allah Aje Yang Tau Perasaan Akak Bila Habis Tadi..Sb Akak 0..

“Sampailah Boleh Ngaji Sesikit Berkat Sabar Ustaz @shafiq_albi..Syukur..Itulah Niat Akak Sblm Akak Meninggal Akak Nak Khatam Dalam Umo Skrg..Masa Sekolah Dah Tapi Dah Tua ni..Inilah Kali Pertama…,” jelasnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button