Cerita ArtisHiburan

Selepas Pulang Bercuti Dari Bali, Bunga Citra Lestari Telah Disahkan Positif Covid-19

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL telah disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri olehnya menerusi satu posting di Instagram setelah selesai menjalani ujian saringan.

“Saya baru lepas mendapat keputusan ujian saringan dan disahkan positif virus corona. Ketika ini saya sedang menjalani isolasi kendiri dan Insya-Allah akan kembali sembuh tidak lama lagi.

“Saya menyarankan orang ramai untuk mengambil langkah selamat serta menjaga kesihatan. Tolong jaga diri anda dan orang yang tersayang. Tingkatkan sistem imunisasi badan dan sila ambil berat tentang perkara ini,” tulisnya di posting berkenaan.

Sebelum ini, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu dilihat telah pergi bercuti ke Bali bersama anak tunggalnya, Noah.

Malah, percutiannya ke Pulau peranginan berkenaan juga menjadi perhatian apabila dia tegur netizen kerana memuat naik gambar dengan hanya berbikini dalam sebuah bot. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button