
Selepas Tauke Raja Lawak, Shahrol Shiro Pula Nafi Dirinya Individu Yang Ditahan Polis Berhubung Kes Pemerdagangan Manusia
Dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita mengenai seorang pelawak popular yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes pemerdagangan manusia tujuan eksploitasi seks.
Antara nama yang disebut adalah Tauke Raja Lawak, namun pelawak tersebut telah menafikan dirinya yang telah ditahan.
Selain Tauke, seorang lagi nama yang disebut adalah Shahrol Shiro sehingga pelawak berkenaan membuat penafian di Instagram miliknya.
“Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu sy dan sy telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”. Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen-komen terus menuduh saya.
“Saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerna saya dah memaafkan anda. Buktinya saya masih umur bawah 40-an. Sekian terima kasih kerna mengambil berat pasal saya,” jelasnya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani membuat kenyataan berhubung seorang pelawak lelaki berusia 40-an telah ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.
Menurut Amran, polis menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks. – KopiPlanet.com
* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan