Cerita ArtisHiburan

Semakin Aktif Berlakon, Hazama Sasar Mahu Jadi Pengarah Pada Usia 40 Tahun

Selain bergelar seorang penyanyi, Hazama dilihat mengembangkan lagi bakatnya dalam dunia seni apabila berkecimpung dalam bidang lakonan.

Menariknya, Hazama juga menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang pengarah dan kini dia dalam fasa untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman.

“Saya memang ada impian nak jadi seorang pengarah, sebab itu saya berlakon. Saya tak ada peluang nak masuk universiti untuk belajar, jadi apabila berlakon ia adalah peluang saya belajar banyak perkara.

“Nanti kalau saya dah paham cara kerja dalam lakonan, barulah saya bersedia untuk jadi pengarah. Sasaran saya adalah ketika usia saya 40 tahun,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran Hot FM dan Molek FM yang berlangsung pada minggu lalu.

Jelas Hazama, setiap kali berlakon dalam sesebuah naskhah, dia akan mengambil peluang untuk bertanya kepada pengarah yang akan berkongsikan banyak ilmu buat dirinya.

Dalam pada itu, dia menyatakan Mawi merupakan inspirasi buat dirinya dalam bidang pengarahan memandangkan juara Akademi Fantasi 3 itu pada asalnya bukanlah seorang pelakon.

“Kalau kita lihat macam Mawi sendiri, dia pun sebelum ini tak ada pengalaman. Namun, dia tetap berjaya menghasilkan filem pertamanya, Tiada Tajuk beberapa tahun lalu.

“Jadi, saya fikir kalau Mawi boleh buat, kenapa saya tidak boleh pula. Itu yang telah mendorong saya untuk bergelar seorang pengarah,” ujarnya.

Menurut Hazama lagi, jika sebelum ini dia banyak terbabit dengan watak komedi, sekarang dia akan cuba bawa watak lain yang lebih serius.

Ujarnya, dia juga sebenarnya seorang yang agak selektif dalam memilih tawaran yang diberikan serta hanya akan pilih jika watak itu bersesuaian dengan dirinya.

“Kalau boleh saya tak nak sekadar tangkap muat, malah gandingan pelakon wanita pun saya agak memilih. Bukan soal cantik atau tidak, tetapi sama ada heroin itu serasi tak dengan diri saya.

“Jika heroin tu terlalu cantik pun macam tak sesuai pula dengan saya. Lagipun saya ni bukanlah dalam kategori pelakon kacak,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button