Cerita ArtisHiburan

Semakin Mendapat Perhatian Peminat, Dolla Kali Pertama Muncul Dengan Lagu Raya Raya Raya

Tidak dinafikan Dolla kini semakin mencuri perhatian peminat dan dikenli ramai setelah menghasilkan dua buah single iaitu Dolla Make You Wanna dan Impikan.

Kini, mereka buat julung-julung kalinya menampilkan sebuah lagu raya iaitu Raya Raya Raya sempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menariknya, lagu ini masih mengekalkan konsep genre pop yang dibawa oleh mereka dan malah disulam dengan irama tadisional.

Lagu ciptaan bersama oleh beberapa orang komposer dan penulis lirik yang professional iaitu Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique ini dilihat dapat memperlihatkan lagi bakat Dolla yang bukan sahaja mampu menyanyikan lagu pop yang rancak, malah lagu yang mempunyai unsur tradisional.

Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo (Sabrina Rusli), Angel, Tabby dan Syasya ini telah membuktikan bahawa mereka berani bereksperimen dan mampu membawa genre yang berbeza dari sebelumnya sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri hiburan Malaysia.

Secara umumnya, Raya Raya Raya terbitan Universal Music Malaysia ini menyentuh mengenai percanggahan gaya tradisional dan moden untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sabronzo berkata, perkembangan teknologi yang pesat telah mempengaruhi bagaimana mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada masa kini, terutamanya bagaimana alat dan platform media sosial yang signifikan mempengaruhi interaksi antara keluarga dan rakan.

“la mengambil masa lebih kurang lapan jam untuk merakamkan lagu tersebut dan memakan masa seharian untuk sesi rakaman video muzik pula.

“Pengalaman merakamkan video muzik sangat menyeronokkan kerana kita semua berpakaian seperti di era ‘retro’. Tidak ketinggalan, tenaga positif yang wujud di antara warga kerja juga benar-benar membantu” jelasnya.

Ujarnya lagi, amat mudah bekerja bersama kerana mereka sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.

“Oleh kerana kami adalah empat gadis dengan gaya dan idea nyanyian yang sangat berbeza, mereka sangat terbuka dalam menerima segala jenis perubahan atau cadangan” ujarnya.

Seorang lagi anggota Dolla iaitu Tabby pula berpendapat bahawa Raya Raya Raya adalah sesuatu yang berbeza, tetapi masih terasa seperti biasa didengari.

Menurutnya, ia mempunyai ‘vibe’ lagu raya yang biasa, namun mempunyai sentuhan karakter DOLLA yang kuat dan mempunyai elemen-elemen yang menyeronokkan.

“Proses rakaman berjalan dengan lancar dan mudah bersama Faithful Music. Penuh dengan gelak tawa dan mereka amat membantu kami dalam mengekalkan kekuatan Dolla di dalam lagu ini.

“Pada mulanya, terasa asing kerana ianya bukan genre yang kami biasa bawakan sebelum ini. Tetapi amat menyerenokkan untuk bereksperimen,” jelasnya.

Raya Raya Raya telah dilancarkan di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer, dan YouTube Music pada 30 April lalu serta video muziknya juga boleh ditonton di saluran YouTube Dolla. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button