HiburanSelebriti

“Semoga Allah Beri Kekuatan. Hanya Allah Dapat Balas Semuanya. Dialah Sebaik-Baik Pemberi Balasan Atas Segalanya” – Ebit Lew

Di sebalik namanya yang menjadi sebutan berhubung video tular yang didakwa miripnya, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dilihat masih terus menjalankan misi bantuannya seperti biasa.

Selain berada di Pulau Langkawi dan sedang bercuti bersama isteri tercinta, Ebit juga turut melakukan ziarah di Hospital Sultanah Maliha Langkawi serta menghulurkan bantuan.

Biarpun namanya kini menjadi sebutan, sehingga kini dia masih belum membuat sebarang kenyataan untuk menafikan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, menerusi satu Tweet yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, Ebit menyatakan semoga Allah memberi kekuatan terhadap dirinya.

“Semoga Allah beri kekuatan. Hanya Allah dapat balas semuanya.

Dialah sebaik-baik pemberi balasan atas segalanya. Kepadanya sahaja kita berdoa dan berharap,” jelasnya.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada tweet yang dimuat naik itu adalah luahan berkaitan dengan isu yang dilaluinya ketika ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
6
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button