
Transgender popular Indonesia, Lucinta Luna memaklumkan bahawa dia telah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
Lucinta berkata, ketika ini dia mengalami beberapa gejala seperti yang dialami oleh beberapa pesakit Covid-19.
“Ratu Salomeh isomer dulu ya… doakan ya teman-teman. Kerana hidungku tidak boleh bau apa-apa pun. Makan pun tak terasa apa-apa, rasa hambar.
“Semoga kandunganku tidak apa-apa,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Lucinta mengakui dia sedang hamil hasil hubungan dengan kekasihnya, namun terdapat ramai yang mempertikaikan kehamilannya itu memandangkan dia seorang transgender.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan seorang selebriti, dia kemudian mengaku tidak hamil dan berasa pelik apabila ada yang mempercayainya. – KopiPlanet.com