EventHiburan

Sempena 30 Tahun Penubuhan, OAG Kembali Bersama Jayakan Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku

Mula berkecimpung dalam industri muzik pada tahun 1992, kini kumpulan rock alternatif OAG sudah mencecah usia 30 tahun.

Bersempena sambutan tiga dekat, kumpulan yang dianggotai empat anggota iaitu Radhi selaku vokalis utama, Qi Razali (pemain dram), Ammal Bellamy (gitar utama/vokal kedua) dan Nazrin Zabidi atau Yin (basis), bakal menjayakan Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku pada 25 Disember ini.

Radhi berkata, anggota OAG sememangnya teruja dengan peluang membuat konsert diperoleh, meskipun dia terpalit dengan beberapa kontroversi.

“Siapa yang tidak mahu menghiburkan peminat yang banyak menyokong perjalanan muzik OAG. Malah, kami pun tak sangka apabila diberi peluang oleh penganjur BSX BOX dan Kongres Muzika Malaysia.

“OAG mengucapkan berbanyak terima kasih dan berharap penganjuran Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku mendapat sambutan baik daripada peminat. Kami tak akan sia-siakan peluang ini dan cuba memberi hiburan terbaik untuk penonton,” katanya.

Selain konsert, pelbagai acara menarik akan disediakan oleh penganjur untuk orang ramai yang menghadiri Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku. Ia berikutan bagi menghiburkan orang ramai yang bercuti umum Hari Krismas ketika itu.

Cuba memberi kelainan hiburan kepada penonton, Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku dianjurkan secara konsep festival yang sesuai dikunjungi dan disertai seisi keluarga.

Sehubungan itu, festival diatur bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah malam dengan menjanjikan rangkaian aktiviti menarik, santai dan pengunjung akan terhibur.

Penganjur juga berharap lebih 6000 pengunjung hadir ke festival hiburan ini. Banyak program dijalankan di sekitar kawasan stadium seperti gerai jualan, pameran, pertandingan dan persembahan nyanyian.

Pengunjung semestinya akan mendapat pengalaman sangat menarik, antaranya kawasan khemah untuk rehat, Galeri OAG 30 Tahun, pameran seni dari pelukis senior tempatan, pameran motor vespa, demonstrasi papan selaju daripada Pak Din Musa dan pertandingan komuniti papan selaju.

Justeru, sebagai acara penutup malam itu sudah tentu Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang dijayakan OAG dengan mempersembahkan rangkaian lagu popular mereka. Tidak hanya itu, OAG juga akan melancarkan album baharu mereka berjudul Ori. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button