Cerita ArtisHiburan

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-29, Nabila Razali Hadiahkan Lagu Putus Buat Peminat

Selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul PUTUS

Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu hadiahkan buat peminat. PUTUS merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni.

“Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh komposer Erwin Purnama. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan” ujarnya. 

Nabila melancarkan official promo video PUTUS pada pukul 9 malam, Jumaat lalu di YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke-29 pada Sabtu lalu.

Tambahnya, single ini menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

“Saya pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu PUTUS menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,” ujarnya. 

PUTUS mengisahkan tentang sebuah percintaan yang suci yang berakhir dengan perpisahan. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari redha dan pasrah di atas ketentuan takdir. 

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri. PUTUS merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. 

Selain itu, lagu Putus juga boleh didengari di semua platform streaming bermula 19 November ini. 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button