Cerita ArtisHiburan

“Semua Isu Hang Nak Masuk… Hang Ni Tak Berubah Ye Sampai Hang Masuk Islam” – Rita Rudaini Tempelak Michael Ang

Pelakon popular Rita Rudaini menempelak sikap pengarah Michael Ang yang sering mengulas setiap isu yang muncul.

Menerusi kenyataan yang dibuat di Insta Story, Rita turut memuat naik kenyataan yang dibuat oleh pengarah berkenaan.

“Semua isu hang nak masuk… semua isu hang nak cakap. Hang dah cukup sempurna ka Mikel (Michael)?

“Hang ni suka menghasut umat Islam, rakan industri n sesama artis bertelagah,” luahnya.

Sebelum ini, Michael memuat naik kenyataan berkenaan ‘bimbo’ yang seperti ditujukan kepada pelakon Lana Nodin.

Ia berhubung kenyataan Lana sebelum ini yang mahu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Pada masa sama, Rita turut menyatakan tentang perangai Michael yang tidak berubah biarpun setelah memeluk agama Islam.

“Hang ni ada masalah mental or kemurungan kah? Letak je nama terus Nyah… perangai hang ni tak berubah ye sampai hang masuk Islam.

“Hang jangan ingat hang selalu di atas ya… hang ingat doa-doa orang yang hang nganjingkan. Hang nak tau Allah tu Maha Kaya. InsyaAllah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
3
+1
0
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button