Cerita ArtisHiburan

Semuanya Terjawab… Neelofa & PU Riz Akhirnya Sudah Bergelar Pasangan Suami Isteri

Penantian peminat-peminat kini akhirnya terjawab apabila pengacara Neelofa dan PU Riz telah selamat dinikahkan dalam satu upacara yang berlangsung hari ini.

Pasangan tersebut diijabkabulkan dan disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor di sini tepat pukul 11.30 pagi tadi.

Pada majlis tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah,” ujar pasangan tersebut.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris iaitu Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Wedlocx.co

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
1
+1
0
+1
3
+1
0
+1
4
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button