HiburanSelebriti

Seorang Usahawan Kosmetik Popular Akan Dipanggil Polis, Didakwa Makan Durian Bersama Beberapa Individu & Disiarkan Secara Langsung Di Media Sosial

Polis maklumkan akan memanggil seorang usahawan kosmetik popular setelah didakwa memakan durian bersama beberapa individu dan disiarkan secara langsung di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan satu tangkap layar siaran langsung berkenaan kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Video usahawan kosmetik itu sedang makan durian bersama beberapa individu telah tular di media sosial.

“Tangkap layar itu juga telah dikongsi lebih kurang 4,000 kali di media sosial berserta komen daripada netizen yang turut menanda (tag) akaun media sosial Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya.

Ku Mashariman berkata, usahawan kosemetik itu merupakan seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Menurutnya, penularan tangkap layar itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerena perbuatannya itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

“Kita telah menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Pengusaha kosmetik tersebut juga akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada masa sama, polis turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan dan kandungan di media sosial supaya tidak mewujudkan satu spekulasi negatif yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button