Cerita ArtisHiburan

Sepanjang Tempoh Dua Bulan Caprice Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh, Kini Dikawal 24 Jam Sejak Tiba Di Kuala Lumpur

Penyanyi rap popular Caprice mendedahkan bahawa dia telah menerima lebih 60 ugutan bunuh sepanjang tempoh dua bulan ini.

Perkara berkenaan telah didedahkan sendiri oleh Caprice menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Dalam masa dua bulan ni Caprice terima over 60 ugutan bunuh, nak jumpa depan gate, nak turun office Caprice, nak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai Penang dan macam-macam lagi.

“I have been under 24/7 security sejak sampai Kuala Lumpur. It is not fun nor is it funny. We can do this by law or we can open a charity kick boxing match your team vs my team,” jelasnya.

Pada masa sama, penyanyi itu turut menyiarkan beberapa posting di Insta Story tentang beberapa ugutan yang diterimanya.

Sebelum ini, Caprice telah berhadapan dengan krisis bersama beberapa selebriti popular seperti Ustaz Ebit Lew dan Sharnaaz Ahmad. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button