Cerita ArtisHiburan

Serik Kongsi Kisah Peribadi Punca Shuk Sahar Enggan Umum Sudah Berkahwin

Pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar memaklumkan dia enggan mengumumkan sudah kembali menamatkan zaman bujang kerana serik berkongsi kisah peribadi.

Menerusi satu siaran podcast di YouTube bersama OKLETSGO, Shuk memberitahu dia tetap akan mengumumkannya apabila sudah tiba masa yang sesuai.

“Apa yang disiarkan mengenai perkahwinan saya itu adalah betul, saya memang sudah berkahwin pada November tahun lalu.

“Bukanlah saya mahu merahsiakan mengenai perkahwinan ini memandangkan ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pun tahu,” jelasnya.

Ujar Shuk, pendekatan yang dilakukannya itu adalah berdasarkan pengalaman sebelum ini untuk tidak terlalu terbuka mendedahkan mengenai perkara peribadi di media sosial.

Jelasnya, dia berbuat demikian kerana bimbang setiap kenyataan yang dikeluarkan daripada dirinya nanti akan disalah anggap segelintir pihak.

“Kalau dahulu saya selalu berkongsi di media sosial dan bersikap terlalu terbuka, tetapi akhirnya perkara itu akan ‘backfire’ saya semula.

“Adakalanya ada yang akan ambil setiap kenyataan yang saya keluarkan di media sosial dan ‘twist’ semula kenyataan tersebut,” ujarnya.

Baru-baru ini, Fara Salleh yang juga wanita yang dikaitkan dengan pelawak itu menerusi satu temubual secara eksklusif bersama mStar mendedahkan dia dan Shuk sudah mendirikan rumah tangga empat bulan lalu.

Sebelum ini, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada tahun 2015, namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button