Cerita ArtisHiburan

Serina Redzuawan Selamat Berkahwin Kali Kedua, Majlis Diadakan Secara Tertutup

Pelakon Serina Redzuawan telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Serina menerusi Instagram miliknya.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan i dah selamat mendirikan masjid bersama suami. Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. 

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz, Alhamdulillah dia lah yang terbaik yg ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” tulisnya.

Serina berkata, dia juga turut berterima masih kepada bapanya yang telah merestui perkahwinan tersebut.

“Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya. 

“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
9
+1
3
+1
4
+1
0
+1
0
+1
6
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button