Cerita ArtisHiburan

Sering Berlakon & Mengarah Cerita Hantu, Ellie Suriaty Akui Dirinya Merupakan Seorang Yang Penakut

Pelakon dan pengarah popular, Ellie Suriati mengakui dirinya adalah seorang yang penakut, meskipun kerap berlakon dan mengarah cerita hantu.

Ellie berkata, apabila berlakon dalam cerita-cerita sedemikian, dia akan memastikan berada di kelilingi ramai orang ketika penggambaran.

“Walapun saya ada menjadi pengarah dan berlakon dalam cerita hantu, saya sebenarnya bukanlah seorang yang berani pun.

“Kalau saya tengah tulis skrip cerita hantu malam-malam, kalau terdengar anjing menyalak saya akan berhenti. Saya tak naklah sampai ‘terjumpa’, no thank you,” ujarnya.

Ellie berkata demikian ketika sesi sidang media bersama barisan pelakon drama Malaysian Ghost Stories yang berlangsung baru-baru ini.

Tambahan pula, Ellie menyatakan dia sendiri pernah berhadapan perkara menyeramkan sewaktu menjalani penggambaran telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong.

“Ketika berlakon dalam 44 Hari Bangkitnya Pocong dulu, saya ditinggalkan seorang diri dengan berpakaian pocong dan kemudian terdengar pula ‘Cik Ponti’ sahut menyahut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysian Ghost Stories merupakan sebuah drama 18 episod yang akan menampilkan pelbagai kisah misteri yang dikaitkan dengan permasalahan dan mahkluk halus yang popular di kalangan masyarakat nusantara.

Selain Ellie, antara barisan pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan seperti Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo dan Hasnul Rahmat.

Malaysian Ghost Stories disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 mulai 25 Ogos lalu di saluran Astro Ria. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button