Cerita ArtisHiburan

Setelah 12 Hari Dirawat, Suami Eina Azman Akhirnya Pulih Daripada Covid-19 Tahap Empat

Setelah 12 hari dirawat, akhirnya suami pelakon Datin Paduka Eina Azman iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah dibenarkan pulang dari hospital dan pulih daripada Covid-19 tahap empat.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Eina menitipkan rasa syukur dengan tahap kesihatan suaminya terkini setelah berada pada tahap keempat dengan kadar 30% paru-paru sudah dijangkiti wabak berkenaan sekaligus membuatkan dirinya dan keluarga bimbang.

“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena Covid-19 Stage 4 dan paru2 pun dah merebak 30%. Dengan oxygen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk ICU.

“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya masuk ke ICU. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu…Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk, memikirkan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya,” tulisnya.

Pada masa sama, Eina turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yan tidak henti mendoakan dirinya dan suami termasuk memberikan pelbagai tips dan barangan yang mampu membuatkan mereka sembuh seperti sedia kala.

“Saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Saya tak mampu nak balas semua Whatsapp dan DM. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik. Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnnn,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button