HiburanSelebriti

Setelah 12 Tahun, Asyraf Mahu Buang Gelaran ‘Imam Muda’, Anggap Dah Tak Sesuai Dengan Dirinya

Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf menyatakan dia ingin membuang gelaran ‘Imam Muda’ daripada dirinya sejak menjuarai program terbitan Astro 12 tahun lalu.

Dalam satu perkongsian video di Instagram miliknya, Asyraf menyatakan dengan usianya yang kini sudah mencecah hampir 40 tahun serta mempunyai tiga orang cahaya mata.

“Orang bertanya sampai bila nak guna title ‘Imam Muda’. Nak tarik handbrake, nak letak jawatan macam poyolah. Mana ada jawatan ini (Imam Muda) diberikan oleh sultan.

“Bila difikir, ramai lagi pewaris anak-anak muda. Maka saya fikir perlu menghilangkan title yang mana tak sesuai dengan saya,” jelasnya.

Asyraf berkata, adalah sukar untuk membuang gelaran Imam Muda yang ada pada dirinya memandangkan ia sudah sebati sejak sekian lama.

Malah, dia juga menyatakan sudah lama terfikir untuk membuang gelaran berkenaan, namun ia agak sukar kerana orang akan tetap memanggilnya dengan gelaran tersebut.

“Lagipun panggilan ‘Imam Muda’ itu hanyalah gelaran yang diberi oleh Pihak Astro semenjak 12 tahun yang lalu. Lalu digunapakai meluas oleh masyarakat. Dan ianya melekat sehingga ke hari ini. 

“Sedangkan sewaktu mula menyertai program Imam Muda, tak pernah terlintas di fikiran untuk diberi gelar sebegini,” ujarnya.

Asraf merupakan juara pertama rancangan program pencarian Imam Muda yang pernah disiarkan di Astro pada tahun 2010. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button