Cerita ArtisHiburan

Setelah Dua Tahun Tertangguh, Siso Akhirnya Lancarkan Lagu Puisi Berjudul Alif

.

Tidak dinafikan nama penyanyi Siso yang juga ahli kumpulan Kopratasa cukup disegani dengan lirik-lirik puitis yang penuh dengan makna dalam karya mereka.

Yang terbaharu, Siso kini tampil semula dengan single yang diberi judul Alif dan ia cukup istimewa apabila ia dimulakan dengan 10 baris puisi yang penuh isi dan makna.

“Alif sebenarnya telah tertangguh selama dua tahun sebelum ia akhirnya dilancarkan, manakala ia ditulis oleh Alim Gutrah yang merupakan seorang lulusan Universiti Islam di Mesir.

“Lagu ini awalnya diberi judul Khalifah Insani sebelum ditukar menjadi Alif selepas penulis melihat ‘ruangan’ di tengah perkataan Khalifah,” ujarnya.

Menurut Siso, Alim diketahui mengambil masa selama lima minit untuk membina ruang jejak keseluruhan pengisian lirik setelah membaca kitab tafsir Al-Azhar tulisan Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali Buya Hamka.

Ujarnya, Alim juga terinspirasi dengan kehebatan Buya Hamka dalam melayarkan kedalaman tafsiran ayat 1-5 surah al- Baqarah, lalu datang ilham untuk menulis lirik lagu Alif.

“Jadi lirik Alif berbentuk ketuhanan dan mempunyai makna yang sangat dalam. Saya menghayati seperti lagu puisi ketuhanan yang lain. Nyanyi pun lebih kepada melontar maksud nak disampaikan, bukan kepada gaya nyanyian berlebihan,” ujar Siso.

Sementara itu gubahan muzik lagu Alif mendapat sentuhan Hamzan Hassan dari syarikat Dominant Studio Sdn.Bhd. Seterusnya rakaman lagu dan video oleh Kashfy Empire Sdn. Bhd.

Berbicara lanjut, figura yang telah menciptakan lebih 500 buah lagu ini mengaku Alif menjadi cerminan tersendiri kepada diri. Ia disifatkan sebagai mengingatkan kita kepada kewajipan di muka bumi.

“Juga sebagai penulis lirik, penyanyi, ayah, suami dan manusia kita ada peranan sebagai khalifah kecil semasa hidup,” katanya yang berharap lagu ini juga akan memberi makna tersendiri kepada dunia seni tanah air.

Menyentuh tentang pelancaran lagu Alif , Luncai Emas selaku penerbit mengambil peluang sempena bulan ogos bulan kemerdekaan selari dengan pengertian dan mesej dalam lagu Alif ini untuk melancarkan video klip di saluran youtube Luncai Emas bermula 13 Ogos, audio rasmi Alif pula akan dimuat naik ke semua saluran digital mulai 20 Ogos.

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Harap mesej dapat disampaikan menerusi lagu baru puisi ‘alif’ nyanyian Siso Kopratasa ini bagi tatapan dan halwa telinga anak muda masa kini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button