Cerita ArtisHiburan

Setelah Kecewa Difitnah Seorang Netizen, Elizad Sharifuddin Kini Dilihat Kembali Bersemangat

Setelah beberapa hari difitnah oleh seorang netizen, kini pelakon popular Elizad Sharifuddin kini kembali bersemangat.

Menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, pelakon berkenaan turut menitipkan kata-kata istimewa.

“New week, new vibes, new goals. Thank u all for your support & prayers.

“Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir. Kita menangis & tertanya2 kemana hilangnya matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis masih terus memberi sokongan kepadanya.

Malah, ada juga yang memuji Elizad yang kini kelihatan tampil lebih cantik sekarang.

Sebelum ini, seorang netizen telah menfitnah Elizad tidak mendirikan solat dan seorang yang mandul.

Sehubungan itu, pelakon yang juga penyampai radio itu telah membuat satu laporan polis. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button