Cerita ArtisHiburan

Setelah Suami Serta Enam Anak Disahkan Positif Covid-19, Rebecca Nur Islam Juga Akhirnya Alami Nasib Yang Sama

Pelakon popular Datin Rebecca Nur Islam memaklumkan bahawa dirinya juga telah disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Rebecca menerusi satu posting di Instagram.

“Doakan saya serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua. Secara jujur, saya hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir segalanya berlaku sekelip mata dari sang pencipta.

“Terlalu laku dan bahaya sangat Covid-19 ini. Kesian tengok suami dan anak-anak jadi saya tak sampai hati dan terpaksa bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya,” katanya.

Menurut Rebecca, dia cuba kuatkan diri demi anak-anak dan suaminya yang terlalu lemah namun disahkan positif Covid-19 pada malam semalam.

Tambahnya, walaupun hampir keseluruh keluarganya diuji Covid-19, dia tetap redha dengan ujian yang menimpa.

Baru-baru ini suaminya Datuk Norazam bersama enam orang anaknya iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana disahkan positif Covid-19.

Selain itu, tiga orang pembantu rumahnya juga turut alami nasib sama, manakala tiga orang lagi anaknya disahkan negatif. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button