Cerita ArtisHiburan

Setelah Tiga Tahun, Issey Ambil Keputusan Tamatkan Kerjaya Sebagai Penyampai Radio Di Suria FM

Setelah tiga tahun berkhidmat, penyampai radio, Issey Fazlisham hari ini mengumumkan meninggalkan kerjaya radio di stesen Suria FM.

Dalam perkongsian di Instagram miliknya, Issey memaklumkan hari ini juga merupakan hari terakhir dia berkhidmat.

“Sayang suria. Tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada plan saya sendiri. Insyallah nnti saya akan umumkan pada masa yang sesuai.

“Kenangan 3 tahun di suria akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya,” ujarnya yang tidak dapat menahan air mata ketika mengumumkan perkara berkenaan.

Sebelum ini, Issey bertugas di segmen pagi yang dikendalikan oleh trio bersama Ajak dan Fizi Ali.

Issey berkata, dia memilih untuk tidak menyambung kontrak kerana sudah ada perancangan yang tersendiri.

“Saya buat keputusan ini sebab saya ada plan saya sendiri. Insyallah nanti saya akan umumkan pda masa yang sesuai.

“Kenangan 3 tahun di Suria akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya. Dan Cukup bermakna utk saya dan adik beradik di Suria,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button