Cerita ArtisHiburan

Shaa Rancang Nak Buka Kedai Makan Jual Char Kuey Teow

Penyanyi genit yang cukup popular dengan lagu Pertama Kali, Shaa menyatakan dia kini sedang merancang untuk membuka sebuah kedai Char Kuey Teow di sekitar Lembah Klang.

Menurut pemilik nama sebenar Juzratul Nisha Johari itu, dia sudah lama mengimpikan untuk terlibat dalam bidang perniagaan makanan kerana ia merupakan cita-citanya selain bergelar penghibur.

“Saya sebenarnya baharu sahaja berpindah dari Kedah dan kini sudah menetap di Shah Alam untuk melebarkan karier nyanyian di sini. Sekarang ini saya sedang mencari-cari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai makanan.

“Saya buat ini semua sebab memang minat berniaga, kalau tiada tawaran menyanyi bolehlah saya tumpukan pada perniagan itu nanti. Kalau boleh saya nak buka kedai makan yang menyediakan menu utama Char Kuey Teow sebab itu yang saya pandai masak,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Dalam pada itu, Shaa, 23, yang mula dicungkil bakatnya bersama Darul Aman Buskers berkata, dia kini sedang dalam persiapan untuk melancarkan single kedua berjudul Biar Aku Pergi.

“Saya sudah habis merakamkan single baharu Biar Aku Pergi. Muzik video pun sudah dirakamkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.

Ujarnya, dia berharap lagu terbaharunya itu akan mendapat sambutan daripada peminat seperti mana single pertamanya yang mencipta fenomena tersendiri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button