FilemTerkini

Shah Rukh Khan Tampil Dengan Filem Dunki, Liku-Liku Dihadapi Empat Sekawan Ingin Berhijrah Ke London

Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan menjadikan penutup tahun 2023 buat dirinya apabila muncul dengan filem berjudul Dunki.

Diarahkan oleh pengarah hebat, Rajkkumar Hirani filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Taapsee Pannu (Manu), Anil Grover (Balli), Vikram Kochhar (Buggu) dan Vicky Kaushal (Sukhi).

Filem berkenaan yang sarat dengan emosi itu mengangkat kisah tentang empat sekawan yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di Laltu, Punjab yang memasang impian untuk berhijrah ke London, England demi mengubah nasib masing-masing.

Bagaimanapun, mereka berhadapan dengan masalah apabila visa mereka untuk ke London, England tidak diluluskan lantaran penguasaan Bahasa Inggeris mereka terlalu lemah.

Hampir berputus asa, muncul Hardy Singh Dhillon lakonan Shah Rukh yang telah berjanji untuk membawa mereka mencapai impian untuk ke London.

Bagaimanapun, perjalanan mereka ke negara berkenaan tidak mudah lantaran menggunakan cara ‘Dunki’ atau cara merentasi beberapa negara sehingga tiba di London secara haram.

Meskipun sedar dengan risiko bahaya yang akan ditempuhi serta salah di sisi undang-undang, namun semuanya nekad dengan keputusan masing-masing.

Adakah rancangan mereka pergi London dengan cara ‘Dunki’ berjaya atau sebaliknya, filem berkenaan sudah boleh ditonton sejak 21 Disember lalu di pawagam seluruh negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button