FilemTerkini

Shaheizy Sam Rasa Teruja Dapat Berlakon Filem Zombi

Sering tampi berlakon filem aksi, kali ini aktor Shaheizy Sam tampil membuat kelainan dengan berlakon filem zombi berjudul Zombitopia.

Kelainan itu memberikan cabaran tersendiri buat pelakon berkaliber berkenaan apabila naskhah tersebut digarap yang menceritakan kisah zombi dalam tema serius, berbeza dengan filem-filem zombi yang lebih bersifat komedi.

“Biasanya kalau filem zombi di Malaysia, ia lebih ke arah komedi dan Zombitopia memang berbeza. Lagipun saya nak rasai sendiri pengalaman bagaimana sekiranya dunia ini benar-benar ada dan itu yang membuatkan saya teruja.

“Selain itu, apabila melihat barisan pelakon juga membuatkan saya cukup bersemangat kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat,” katanya.

Selain Sam, filem arahan MJ Woo ini turut dibintangi Bront Palarae, Datin Elvina Mohamad, Sharifah Amani dan Azman Hassan.

Pernah berlakon di bawah arahan MJ Woo sebelum ini, Sam menyatakan dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran filem itu berlangsung.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi bahawa MJ Woo mampu menghasilkan sebuah filem yang bagus dan berkualiti berdasarkan filem-filem terdahulu yang pernah dihasilkannya.

“Apa yang saya boleh katakan, Zombitopia adalah sebuah nakshah yang mampu memberikan hiburan kepada penonton. Biarpun ia sebuah filem fiksyen tetapi saya percaya penonton akan dapat merasai bagaimana berada dalam dunia yang penuh dengan zombi,” ujarnya.

Seperti filem-filem terdahulu lakonannya, Zombitopia turut memberikan cabaran tersendiri kepada suami Syatilla Melvin ini apabila dia perlu berlawan dengan zombi.

“Sebelum ini kalau melakonkan babak aksi, ia antara manusia dengan manusia. Namun, dalam filem ini musuh yang perlu dihadapi adalah zombi.

“Tidak dinafikan semasa penggambaran saya dapat merasai kelainan, seolah-olah berada dalam dunia zombi. Namun begitu, saya anggap ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga,” katanya lagi.

Menjalani penggambaran di sekitara Kuala Lumpur dan Selangor, Zombitopia terbitan Greenlight Pictures dan Lomo Pictures bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 Februari ini. – KopiPlanet.com

Sinopsis Zombitopia:

Kira-kira 15 tahun yang lalu sejenis virus telah menyerang manusia sehingga mereka yang dijangkiti bertindak ganas. Zidik (Shaheizy Sam) telah terbangun melihat kakaknya menyerang ibunya dan ayahnya telah mengorbankan diri dan Zidik berjaya melarikan diri.

Kemudian Zidik telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan dikendalikan oleh Kak Lily yang merupakan seorang wanita kejam. Zidik berkawan dengan seorang lagi anak yatim piatu iaitu Zooey (Elvina Mohamad). Suatu hari, Zidik diusir dari rumah anak yatim kerana tidak mematuhi arahan Kak Lily dan selepas itu dia tidak pernah lagi melihat Zooey.

Setelah dewasa, Zidik bekerja dengan Hassan yang menjumpainya selepas melihat dia tinggal di jalanan. Sementara itu, Dr. Rahman (Bront Palarae) yang ingin membalas dendam telah menghasilkan sejenis virus zombi baharu untuk membuat dunia kembali ke dalam kekacauan. Apakah yang terjadi? Semuanya akan terjawab pada 13 Februari 2020 apabila filem Zombitopia ditayangkan di pawagam seluruh negara. – KopiPlanet.com

https://www.youtube.com/watch?v=60pArtCQOIU

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button