Cerita ArtisHiburan

Shandy Aulia Guna Khidmat 15 Peguam Saman Jururawat Setelah Rambut Anaknya Dihina Seperti Jagung

Pelakon popular Indonesia, Shandy Aulia menggunakan khidmat 15 orang peguam untuk mengambil tindakan saman terhadap seorang jururawat.

Tindakan tersebut dibuat setelah jururawat bernama Laura Aprilya Bakkara kerap menghina anakanya iaitu Claire Herbowo, termasuk mengatakan rambut anaknya seperti jagung dan kekurangan zat.

Apa yang lebih menarik lagi, barisan peguam berkenaan akan diketuai oleh seorang peguam terkenal Indonesia iaitu Hotman Paris.

Pada masa sama, surat juga telah dihantar kepada jururawat tersebut bagi meminta penjelasan menerusi pengurus Shandy sendiri iaitu Paula Beltia.

Ketika ini, pelakon itu sedang menunggu jawapan daripada jururawat dan selepas itu barulah dia akan mengambil tindakan selanjutnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
4
+1
4
+1
4
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button