EventHiburan

Sherry, Awal & Haziq Hos AJL 34, Tiket Dijual Serendah RM30

Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang akan diadakan pada 9 Februari ini bakal mengandingkan Sherry Al-Hadad bersama dua rakan hos iaitu Awal Ashaari dan Haziq Husni.

Mengangkat tema Warna-Warni Suara, AJL 34 turut membuka jualan tiket serendah RM30 yang akan dijual bermula jam 9 malam ini di www.myticket.asia.

Menurut Penerbit Eksekutif AJL34, Nurhul Huda Khalid, bagi mencipta kelainan pada edisi kali ini, pihak produksi akan mengundang semua bekas pemenang Vokal Terbaik bagi memeriahkan segmen AJL 34.

Anugerah Vokal terbaik mula diperkenalkan pada tahun 2002. Antara penyanyi yang pernah memenangi trofi tersebut ialah Liza Hanim, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Misha Omar, Syamel, Ernie Zakri, Faizal Tahir, Hazami, Adibah Noor dan Black Hanifah.

“Kami akan tampilkan bekas pemenang kategori Vokal Terbaik pertama hinggalah tahun lalu. Mungkin tidak semua pemenang terbabit, namun yang terpilih tetap yang terbaik.

“Kita hendak tunjukkan dalam dunia nyanyian, suara memainkan peranan penting. Vokal ada pelbagai jenis antaranya tenor, bass dan soprano,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media AJL 34 yang berlangsung di De.Wan 1958 by Chef Wan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Awal melihat peluang mengacarakan acara besar seperti AJL 34 sebagai satu rezeki buatnya untuk memperkukuhkan namanya dalam bidang pengacaraan.

“Sewaktu ditawarkan untuk menjadi pengacara AJL 34, saya diibaratkan seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal.

“Saya bertuah digandingkan dengan pengacara Muzik-Muzik iaitu Sherry dan Haziq sebab mereka sudah tentu lebih arif tentang teknikaliti program tersebut jadi saya sekadar memeriahkan lagi majlis dengan gandingan kami bertiga,” katanya lagi.

AJL 34 mempertaruhkan 12 lagu yang akan bersaing merebut takhta Juara Lagu. Tahun lalu, kejuaraan itu dipegang lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah ciptaan Hael dan Ezra Kong. – KopiPlanet.com

Senarai Finalis AJL 34:

1. Drama nyanyian Drama Band (Ciptaan: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib).

2. Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip (Ciptaan: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida).

3. Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham).

4. Anta Permana nyanyian Bob Yusof (Ciptaan: Hael Husaini, Ezra Kong).

5. Bangun nyanyian Aman RA (Ciptaan: Navigator).

6. Ragaman nyanyian Fairuz Misran (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam).

7. Rampas nyanyian Akim & The Majistret (Ciptaan: Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik).

8. Dinda nyanyian Masdo (Ciptaan: Ali Sariah).

9. Peneman nyanyian Hazama & The Penglipur Lara (Tam)

10. Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli (Ciptaan: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran).

11. Sumpah nyanyian Naim Daniel (Ciptaam: Omar K & Naim Daniel).

12. Sumpah nyanyian Aina Abdul (Ciptaan: Aina Abdul). – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Muzik-Muzik Official

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button