Cerita ArtisHiburan

Shiha Zikir Menang Besar, Bawa Pulang Lima Anugerah Pada Acara AME 2021

Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir muncul sebagai pemenang bagi kategori Top Top MeleTOP (Wanita) dalam acara Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021).

Lebih istiewa lagi, Shiha turut muncul pemenang paling banyak yang merangkul anugerah AME 2021 apabila membawa pulang lima anugerah.

Selain kategori Top Top MeleTOP, penyanyi itu turut menang bagi kategori Artis Versatile MeleTOP, Grop Duo MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu AEWO nyanyian duet bersama Noki.

Sementara itu, Khai Bahar masih lagi terus mengekalkan kemenangannya untuk kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) serta Penyanyi MeleTOP.

Selain itu, turut melakar apabila filem Ada Apa Dengan Dosa terbitan Pencil Pictures dinobatkan sebagai pemenang kategori Filem MeleTOP.

Berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, AME 2021 dihoskan tiga gandingan pengacara sensasi popular, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. – KopiPlanet.com

*SENARAI PEMENANG AME 2021

Artis Baharu MeleTOP – Dini Schatzmann

Si Cilik MeleTOP – Arianna Aubrey dan Karl Kareef

Couple MeleTOP – Emma Maembong & Muhammad Shazli Azhar

Artis Versatile MeleTOP – Shiha Zikir

Influencer MeleTOP – Dr Say

Personaliti TV MeleTOP – Jihan Muse

Video MeleTOP – Wany Hasrita (Canggung)

Anugerah Legend Muzik – Roslan Aziz

Anugerah Legend Seniman – Hamid Gurkha

Drama MeleTOP – Kampung Pisang Bersiri-Siri

Pelakon MeleTOP – Fasha Sandha

Grup/Duo MeleTOP – Shiha Zikir & Noki

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Lagu MeleTOP – AEWO (Shiha Zikir & Noki)

Filem MeleTOP – Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem MeleTOP – Shiha Zikir

Anugerah Khas Juri – Datuk Aznil Haji Nawawi

Top Top MeleTOP Grop/Duo – Dolla

Top Top MeleTOP Wanita – Shiha Zikir

Top Top MeleTOP Lelaki – Khai Bahar

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
1
+1
2
+1
1
+1
6
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button