Cerita ArtisHiburan

Shila Amzah Beri Bayangan Bakal Berkahwin Dengan Ubai Pada Bulan Hadapan

Penyanyi popular, Shila Amzah memberi bayangan bahawa dia akan kembali berumah tangga dengan pilihan hatinya, Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli atau Ubai yang juga seorang influencer pada bulan hadapan (Ogos).

Namun begitu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan Ubai hanya akan menu tarikh sebenar pernikahan bersama selepas bakal ibu mentuanya yang menghidap kanser ovari keluar hospital.

“Ketika ini bakal ibu mentua masih di hospital dan sebab itu saya belum boleh dedah tentang tarikh nikah. Kalau dah keluar hospital baru kami akan umumkan tarikh dan buat live di media sosial.

“Buat masa sekarang bakal ibu mentua masih perlu jalani rawatan radioterapi dan kimoterapi. Dia memang berhasrat nak berada dalam majlis pernikahan nanti,” ujarnya.

Shila berkata demikian ketika ditemui semasa ditemui selepas sidang akhbar konsert Rockmantic Night Judika & The Gang di Pavilion.

Jelasnya lagi, untuk persiapan pula semuanya telah dilakukan termasuk melibatkan urusan-urusan penting menjelang hari perkahwinannya.

Dalam pada itu, Shila juga meluahkan rasa gembiranya kerana bakal mendapat seorang ibu mentua yang sangat baik dan memberikan sokongan setiap keputusan yang mereka buat.

“Sebenarnya hubungan saya dan bakal ibu mentua memang rapat. Disebabkan itu saya dan Ubai nak utamakan kesihatannya terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button