Cerita ArtisHiburan

Shuib Akui Janggal Bawa Pulang Ayash Affan Tanpa Isteri Di sisi, Anggap Kepulangan Anaknya Sebagai Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Allahyarham Siti Sarah

Setelah lebih sebulan menjalani pemantauan di PPUKM kerana lahir tidak cukup bulan, akhirnya Ayash Affan yang juga anak Shuib dan Allahyarham Siti Sarah telah dibawa pulang ke rumah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib mengakui berasa janggal apabila membawa pulang Ayash tanpa isteri di sisi.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga, hari ni balik berdua.

“InsyaAllah, Allah maha mengetahui segala… Uwais. Talita, Matin, Daddy dah otw,” tulisnya.

Pada masa sama, Shuib turut berkongsi beberapa video yang menunjukkan keterujaan ketiga-tiga anaknya itu menyambut adik mereka pulang ke rumah.

Dalam pada itu, pelakon dan usahawan popular itu juga beranggapan kepulangan anaknya itu ke rumah sebagai hadiah hari jadi arwah yang jatuh pada 15 September (hari ini).

“Allahuakbar… tangan, jari, ‘sebijik tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Terima kasih semua. Syukur Ya Allah atas rahmat-Mu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button