Cerita ArtisHiburan

Shuib Akui Tidak Galakkan Anak-Anaknya Terbabit Dalam Bidang Seni

Pelawak dan usahawan popular, Shuib mengakui ada antara anak-anaknya yang mempunyai bakat dalam bidang seni seperti berlakon dan menyanyi.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak menggalakkan untuk anak-anaknya terbabit dalam bidang seni seperti dia dan arwah isterinya.

“Sejak dahulu pun saya tak minat nak benar anak-anak untuk jadi artis. Macam Talita, dia ada cakap nak menyanyi, tetapi saya rasa biarlah dia menyanyi untuk saya sahaja.

“Martin pula ada bakat berlakon dan melawak… tapi saya memang tak cenderung untuk mereka jadi artis,” jelasnya.

Shuib berkata demikian ketika berlangsungnya sesi sidang media secara virtual program Diari Daddy yang berlangsung semalam.

Mengenai perjalanan kariernya untuk kembali aktif dalam bidang seni setelah agak lama berehat selepas kehilangan isteri tercinta, arwah Siti Sarah pada tahun lalu, Shuib menjelaskan dia sendiri masih belum pasti.

Ujarnya, ketika ini dia masih mahu meluangkan sepenuh masa untuk bersama anak-anaknya dan tidak terfikir lagi untuk kembali aktif semula.

“Buat masa ini saya hanya terbabit dengan program Diari Daddy sahaja. Saya terima untuk terbabit dengan program ini pun sebab anak-anak. Saya nak mereka rasa sendiri pengalaman macam mana saya bekerja selama ini,” ujarnya.

Diari Daddy mengisahkan rutin harian keluarga Shuib, seorang pelawak dan usahawan terkenal bersama-sama dengan empat orang anak yang comel.

Ia juga memaparkan bagaimana Shuib membahagikan waktunya antara kerja dan anak-anak terutamanya merancang aktiviti harian mereka di bulan Ramadan termasuk memasak, aktiviti di dalam dan luar rumah.Pastinya keadaan menjadi riuh dan seronok dengan penglibatan anak-anak kesayangan Shuib.

Rancangan tersebut disiarkan sejak 2 April lalu sebanyak lima episod pada setiap hari Sabtu pukul 5.30 petang di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button