Cerita ArtisHiburan

Shuib Bawa Watie Pergi Makan Tengah Hari Di Kedai Kegemaran Arwah Siti Sarah

Sejak mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, pelawak dan usahawan popular, Shuib sering kali memuatnaik video aktiviti bersama isterinya, Watie Hanifiah di media sosial.

Yang terbaru, Shuib telah memuat naik satu video di mana dia telah membawa isterinya pergi makan tengah hari di tempat kegemaran arwah isterinya, Siti Sarah.

“Dah makan dekat sini dekat 13 tahun,yg perkenalkan tempat ni @sitisarahraissuddin masa bercinta dulu ☺️ Sarah dah mkn kt sini dr zaman sekolah lagi dan ni mmg tempat favourite utk makan tghari….

“Fuh rare kan 😂😂😂 Ni pertama kali bawak @iamwatie dtg makan kat sini ,yesss dia suka!!!! U teman I makan kt sini pulak ok ❤️ Tempat penuh kenangan,makan tghari sedap gile!! Sape tau tempat ni?,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut Shuib di Instagram meluahkan rasa gembira melihat pelawak itu melayan isterinya serta ada yang cuba meneka nama kedai berkenaan.

“Sy berkenan sgt dgn Watie ni,Shuib bw dia ke tmpt kenangan dia bersama arwah pun Watie x kecil hati..malah dia nmpk happy sgt. Kenapalah ada netizen yg x suka dorg ni🙄.

“Bagi sy Shuib dah buat pilihan yg tepat tu. Semoga bahagia hingga ke jannah Shuib ❤️ Watie,” ujar seorang netizen yang menggunakan nama @enidfiary. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button