Cerita ArtisHiburan

Shuib Maklumkan Dia Telah Dibenarkan Untuk Berjumpa Dengan Ayash Affan

Setelah lebih sebulan berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), akhirnya Shuib dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya, Ayash Affan.

Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh Shuib menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“InsyaAllah, Alhamdulillah hari ni jumpa AYASH AFFAN. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni U jaga dia tau. U jaga tau. U jaga ok.

“InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga U sampailah dia jadi anak yang soleh naka yang akan jadi kebanggaan U dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma I mohon U doakan I, perjalanan I masih juh, doakan I selalu kuat. I LOVE U SAYANG,” tulisnya.

Sebelum ini, anak keempat pelawak dan usahawan popular itu dilahirkan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu pada usia kandungan tujuh bulan.

Pembedahan terpaksa dilakukan berikutan keadaan Allahyarham Siti Sarah itu yang tidak stabil setelah positif Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button