Cerita ArtisHiburan

Shuib Maklumkan Ramai Yang Tawarkan Susu Ibu Untuk Ayash Affan

Pelawak dan usahawan popular, Shuib memaklumkan bahawa ramai yang menawarkan susu ibu untuk anak keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan pada minggu lalu.

Shuib berkata, dia sendiri telah diberi nasihat oleh doktor untuk memberikan susu ibu buat anaknya itu yang kini masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Pasal susu pun dah menung (termenung) tadi fikir. Pasal doktor cakap sekarang ni dia (Ayash) minum susu tepung, jadi doktor cakap kalau ada susu ibu bolehlah bawa ke hospital sebab susu ibu ni bagus untuk anak saya.

“Itu pun dah macam soalan cepu emas, susu siapa nak bagi. Memang ramai orang offer, macam Samtilla (Syatilla Melvin) pun ada. Dia cakap kalau nak susu just bagitau,” ujarnya selepas selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin.

Ujar Shuib, dia sendiri kurang pasti mengenai perkara tersebut dan akan bertanya kepada ustaz untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, Shuib memberitahu bahawa anak keempatnya itu sudah dua kali menjalani ujian swab dan kedua-duanya hasil keputusan tersebut adalah negatif Covid-19.

Bagaimanapun, ketika ini dia masih belum berkesempatan melihat anaknya itu di hospital atas nasihat doktor.

“Dalam pukul 11 pagi tadi, Pengarah HUKM telah berbincang dengan doktor dan keadaan di situ tidak begitu mengizinkan kerana risiko Covid-19 yang tinggi.

“Jadi, beliau berpesan untuk lebih selamat beliau terpaksa tunda dulu. Tetapi beliau akan cuba dapatkan gambar atau video sebab anak-anak pun hari-hari bertanya bila dapat tengok Ayash. Saya lagilah nak sangat tengok dia,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Allahyarham Siti Sarah telah dapat melahirkan anak keempatnya pada 6 Ogos lalu menerusi satu pembedahan.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan telah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari bertarung nyawa kesan daripada positif Covid-19. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button