
Shuib, Siti Sarah Dipanggil Ke SPRM Berhubung Perniagaan Francais Minuman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan minuman yang dijalankan mereka.
Seperti yang dilaporkan portal suaramerdeka.com, menurut sumber pasangan tersebut hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya tengah hari tadi bagi mengambil keterangan membabitkan kes tersebut.
Buat masa ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.
> Baca: Hanya Shuib Sahaja Telah Dipanggil Beri Keterangan Di SPRM
Setakat ini, beberapa individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit termasuk beberapa selebriti mungkin akan dipanggil.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya Hari Ini. – KopiPlanet.com